Friday, March 18, 2016

Analisa taktikal Selangor: Area Defensive Midfield kelemahan taktikal coach Zainal Abidin?

Selepas kekalahan 3 kali berturut-turut, akhirnya Selangor berjaya mencatat kemenangan yang di cari-cari untuk sekurang-kurangnya meredakan api kemarahan penyokong Selangor. Kemenangan 4-3 ke atas wakil Bangladesh, Sheikh Jamal di Dhaka bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Apatah lagi, wakil Bangladesh itu tidak pernah menjaringkan sebarang gol sebelum pertemuan dengan Selangor.

Setelah diteliti menerusi rakaman video, terdapat satu kawasan yang menjadi masalah buat Selangor musim ini setelah kehilangan Leandro dos Santos yang tidak disambung kontraknya.

a) Tiada 'back Four protection'

Musim lepas di bawah kendalian Mehmet Durakovic, Leandro berperanan sebagai pelindung kepada 'back Four' Selangor di mana tugasnya merampas bola, melakukan 'tackles' dan menghalang serangan pihak lawan sebelum sampai ke kawasan gol Selangor.



Tetapi musim ini, taktikal Zainal Abidin Hassan berbeza di mana beliau gemar anak-anak buahnya melakukan hantaran jauh. Maksudnya di sini, tiada tugasan khas ketika bertahan kepada pemain midfield. Nazmi dan Hafiz Kamal bersama-sama menyerang dan bertahan di dalam sesuatu situasi. 

b) Nazmi Faiz dan Hafiz Kamal lebih kepada pemain 'attacking minded'

Jika di lihat kembali bagaimana Selangor mudah dibolosi sampai 14 gol dalam 9 perlawanan, boleh ditaksirkan gol-gol yang dilepaskan berpunca dari kelemahan area "defensive 3rd". Lihat situasi di bawah:-

    1) Tiada "sense of danger" ketika bertahan (gol pertama PDRM)


    i) Pemain Selangor gagal menyekatkan larian Safuwan Baharuddin

  ii) Membiarkan ruang besar di belakang Raimi dan gagal menghidu ancaman susulan pemain PDRM

   2) Gagal menghalang dan membiarkan pemain lawan melakukan rembatan dari luar petak gol

  a)  vs Terengganu (gol pertama Issey Nakajima)

          
 i) 3 pemain Selangor membiarkan Issey Nakajima  melepaskan rembatan tanpa dihadang

ii) Tiada seorang pun pemain Selangor datang menghalang. Bahkan hanya angkat kaki lemah kononya dalam usaha menghadang sepakan Issey

iii) Mengapa Nazmi Faiz undur ketika Issey Nakajima melakukan rembatan?

 
 b) vs Sheikh Jamal (gol pertama)



     i) Sekali lagi, barisan bertahan Selangor gagal menghidu ruang kosong yang ditinggalkan (poor marking) dan memberi ruang kepada pemain  Sheikh Jamal (no 7)

  ii) Siapakah yang sepatutnya mengawal pemain no 7 (Sheikh Jamal)? Nazmi atau Veenod?

Ada juga beberapa situasi di mana ketika counter attack pihak lawan, pertahanan Selangor terlalu terdedah kepada bahaya di mana kadang-kala cuma Razman dan Shahrom Kalam sahaja yang berada di bawah. (lihat gol pertama Sarawak)


                              

Kesimpulan

Jika Selangor benar-benar mahu menjulang Liga Super dan mempertahankan Piala Malaysia, coach Zainal Abidin Hassan perlu memperkemaskan area "defensive 3rd". Tak guna juga jika kita punyai penjaring terbanyak dan menjaringkan banyak gol tetapi pertahanan kita rapuh dan mudah dibolosi.

Bak kata

"Adunan dan ramuan sang juara ialah sesebuah pasukan itu mempunyai keseimbangan di setiap posisi" - Guiseppe Giannini (ex-Roma player 1981-96)

No comments:

Post a Comment