Monday, March 14, 2016

Selangor FA: Faktor-faktor mendorong kepada 3 kekalahan berturut-turut

Selepas menyaksikan perlawanan Terengganu-Selangor tempoh hari, saya terfikir sejenak, mengapa Selangor yang pada awal musim begitu menyerlah tetapi tiba-tiba 'tersungkur' dalam 3 perlawanan terakhir?

4 Mar: kalah kepada PDRM 0-2 (Piala FA)
8 Mar: kalah kepada Tampines Rovers 0-1 (AFC Cup)
11 Mar: kalah kepada Terengganu FA (Liga Super)

Ada beberapa faktor yang saya kenalpasti antaranya ialah:-

a) 3 perlawanan dalam masa 8 hari

Faktor jadual yang agak padat menjadi salah satu punca kemorosotan prestasi pemain-pemain Selangor di mana mereka pelu mengharungi 3 perlawanan dalam masa 8 hari. Pemain terpaksa bergelut untuk memberikan yang terbaik setiap perlawanan tetapi apa kan daya, faktor keletihan untuk mengharungi perjalanan juga diambil kira.



b) kurang kemantapan barisan kedua 

Jika dibandingkan dengan musim lepas, "squad depth" Selangor musim ini agak baik. Dengan kemasukkan Razman Roslan, Khairul Azhan, Hafiz Kamal dan Gopinathan memberi sinar harapan dalam taktikal dan formasi musim ini. Tetapi, pemain-pemain sedia ada masih gagal menyinar dan menyaingi prestasi pemain-pemain yang selalu membarisi "1st 11".


Pemain seperti Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Fittri Syazwan, Hadi Yahya dan juga Saiful Riduwan standard mereka seperti pemain-pemain di liga sosial. Nampak jurang yang terlalu besar antara mereka ini dengan Azrif, Raimi, Hafiz Kamal ataupun S Veenod sendiri. Banyak aspek kemahiran individu dan kematangan dalam permainan yang rendah meskipun mereka ini pemain-pemain yang agak senior.

c) kecederaan jangka panjang

Ketiadaan Hazwan Bakri dan Rob Conrnwaite juga menjadi faktor kemorosotan Selangor setakat ini. Kecederaan jangka panjang Hazwan banyak memberi kesan kepada serangan pasukan Selangor di mana tiada variasi dalam serangan. Dengan Andik Vermansyah masih mencari magis musim lepasnya dan Mauro Olivi masih terkial-kial mencari rentak, ketiadaan Hazwan mencacatkan lagi idea serangan Selangor yang terlalu mengharap kepada Patrick Ronaldinho Wleh.



Begitu juga dengan ketiadaan Rob Cornthwaite yang memberi kesan kepada "back four" Selangor yang telah melepaskan 11 gol dalam 8 perlawanan. Jumlah yang agak membimbangkan dan mengecewakan jika sebuah pasukan itu ingin menjulang sesuatu kejuaraan.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, kedudukan Selangor untuk menjulang kejuaraan Liga Super dan mara lebih jauh dalam AFC Cup masih terbuka. Jika ZAH dapat mengenalpasti antara kelemahan-kelemahan ketara seperti di atas, pasti mereka mampu pergi lebih jauh.


Jika diambil kira segala aspek, banyak lagi kelemahan-kelemahan yang perlu Selangor perbaiki seperti kenalpasti potensi posisi kegemaran Mauro Olivi, pertajamkan lagi bakat Adam Nor Azlin, kemas kini taktikal ZAH (kurangkan taktikal LLB) dan variasi kan serangan dengan melibatkan pergerakan Nazmi, Gopi, Andik dan Ronaldinho, pasti impian untuk mengucup apa sahaja piala, akan tercapai.

Sumber:

Sendiri yang analisa




No comments:

Post a Comment